My Add

Friday 25 January 2013

Mangsa tebusan syukur bertemu keluarga

KUCHING, KHAMIS, 24 Januari, 2013: "Tiada apa yang lebih melegakan saya selain selamat sampai berada di rumah dan bertemu dengan seluruh ahli keluarga".

Demikian luahan salah seorang rakyat Malaysia yang menjadi mangsa tebusan kumpulan militan di In Amenas, Algeria minggu lalu, Lau Seek Chiang, 38, yang kini berada bersama keluarga selepas pulang malam tadi.

Seek Chiang berkata, beliau berterima kasih dengan tentera khas Algeria yang berjaya menyelamatkannya dalam kejadian malang di In Amenas itu.

Penghargaan sama turut disampaikan kepada kerajaan Malaysia, Kedutaan Besar Malaysia di Algiers dan syarikat JGC Construction Pte. Ltd., kerana bersusah payah menguruskan proses membawanya pulang ke tanah air.

"Perasaan saya ketika ini sangat bersyukur namun sedih apabila teringat masih ada rakan saya yang tidak berjaya diselamatkan dalam insiden tebusan itu. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment