My Add

Saturday 26 January 2013

Empat anggota 'Geng Papa' diberkas

*MOHD..Yusoff Awang (tengah) bersama pegawainya menunjukkan pelbagai peralatan elektronik yang berjaya dirampas daripada anggota 'Geng Papa' pada sidang akhbar di IPD Nilai, Negeri Sembilan, semalam.

SEREMBAN 25 Jan. - Polis percaya dapat melumpuhkan kumpulan penjenayah pecah rumah dan curi barangan elektronik di kediaman pelajar warga asing berhampiran Kolej Lagenda dekat Mantin, selepas menahan empat daripada lima anggota 'Geng Papa' awal bulan ini.

Kesemua suspek warga tempatan yang ditahan dalam siri operasi di sekitar Mantin itu dipercayai bergiat aktif melakukan jenayah tersebut sejak enam bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Nilai, Supritendan Mohd. Yusoff Awang berkata, polis yakin dapat menyelesaikan 10 kes pecah rumah dan kehilangan barangan elektronik milik pelajar di kolej berkenaan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment