My Add

Thursday 24 January 2013

Jika saya biarkan mereka, mereka akan bunuh saya - Pathmanabhan

SHAH ALAM, RABU, 23 Januari, 2013: "Jika saya biarkan mereka, mereka akan bunuh saya." Kenyataan tersebut didakwa dibuat oleh pemilik Ladang Gadong, N. Pathmanabhan, 44, selepas disoal oleh salah seorang pekerjanya kenapa tiga orang lelaki dibunuh dan dibakar.

Pathmanabhan yang juga tertuduh pertama dalam perbicaraan kes bunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi turut memberitahu R. Kathavarayan bahawa 'dia tidak akan faham'.

Keterangan tersebut dibuat oleh Kathavarayan yang merupakan tertuduh keempat dalam kes itu sewaktu ditanya oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd. Yusoff di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Kathavarayan, 33, berkata demikian sewaktu pemeriksaan balas oleh pihak pihak pendakwaan dalam perbicaraan kes bunuh Sosilawati, 47; pegawai bank, Noorhisham Mohamad, 38; peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment