My Add

Wednesday 23 January 2013

Gaji minimum: Selesaikan sebelum Tahun Baru Cina

KUALA LUMPUR, SELASA, 22 Januari, 2013: MCA memberi amaran kepada Menteri Sumber Manusia, Datuk S. Subramaniam supaya menyelesaikan segera isu dasar gaji minimum sebelum perayaan Tahun Baru Cina pada 10 Februari ini bagi mengelak kekeliruan dan kerugian ke atas majikan.

Presidennya, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, jika Subramaniam gagal mengemukakan penyelesaian terbaik terhadap isu berkaitan dasar itu sehingga tarikh tersebut, MCA akan memberi sokongan penuh kepada para majikan dan pengusaha yang menerima kesan akibat kelewatan berkenaan.

Menurutnya, sokongan itu turut diberi kepada majikan dan pengusaha terbabit sekiranya ingin mengadakan demonstrasi besar-besaran untuk membantah kelewatan tersebut.

Katanya, kementerian berkenaan dilihat terlalu lewat untuk menampilkan penyelesaian terbaik terhadap penggubalan dasar itu sungguhpun MCA telah mengemukakan cadangan berkaitan penambahbaikan hampir sebulan lalu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment