My Add

Wednesday 23 January 2013

KDN perlu bertindak segera

KUALA LUMPUR, SELASA, 22 Januari, 2013: Kementerian Dalam Negeri (KDN) digesa menarik balik lesen percetakan pengeluaran Bible versi bahasa Melayu dengan serta-merta ekoran sudah terdapat Bible versi itu yang menggunakan kalimah Allah walaupun penggunaannya dilarang menurut undang-undang negara.

Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali berkata, bukan itu sahaja malah kementerian perlu merampas Bible versi bahasa Melayu yang terdapat di pasaran kerana tindakan menggunakan kalimah Allah jelas bertentangan dengan peraturan sedia ada.

Hakikatnya beliau berkata, membiarkan Bible seumpama itu disebarkan kepada orang Melayu tanpa dikenakan sebarang tindakan dikhuatiri akan menimbulkan sesuatu yang buruk dalam konteks hubungan antara bangsa dan agama.

''Di tangan saya ada dua Bible versi bahasa Melayu yang di dalamnya menggunakan kalimah Allah. Dua Bible ini saya peroleh daripada orang Melayu yang pernah dimurtadkan menjadi Kristian yang kemudiannya dapat kita selamatkan untuk kembali kepada Islam,'' katanya dalam sidang akhbar di kediamannya di Pinggiran Taman Tun Dr. Ismail (TTDI), sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment