My Add

Wednesday 23 January 2013

Gerakan cari William tumpu di belukar, bukit-bukau

KUALA LUMPUR, RABU. 23 Januari, 2013: Gerakan mencari William Yau Zhen Zhong, 6, yang dilaporkan hilang sejak 16 Januari lalu diteruskan oleh Unit Anjing Pengesan (K9) Polis Diraja Malaysia hari ini dengan menumpukan kawasan belukar dan bukit-bukau dalam lingkungan jarak satu kilometer dari kawasan mangsa dilaporkan hilang.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, bagaimanapun operasi selama satu jam bermula kira-kira pukul 9.30 pagi itu masih gagal menemui sebarang tanda-tanda positif.

“Operasi hari ini disertai oleh 24 anggota dan lapan pegawai serta dua ekor anjing pengesan dari Unit K9 PDRM.

“Ia merupakan operasi kali ketiga oleh Unit K9 sejak mangsa dilaporkan hilang dan akan dilakukan setiap hari," katanya dalam sidang akhbar ketika ditemui selepas operasi tersebut di Jalan Putra Mahkota, Putra Heights di sini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment