My Add

Wednesday 23 January 2013

Gereja Katolik Sabah hargai peranan kerajaan negeri

KOTA KINABALU , SELASA,22 Januari, 2013: Pihak gereja Katolik Sabah merakamkan penghargaan kepada kerajaan negeri kerana secara berterusan menyokong setiap aktiviti mereka.

Paderi Gereja Katolik (Archbishop) Sabah, Datuk John Lee berkata, kerajaan negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman selama ini sentiasa bersikap adil kepada semua organisasi agama di negeri ini.

"Kami hari ini bertemu Ketua Menteri untuk berterima kasih secara peribadi kepada beliau dan kerajaan negeri," katanya di sini semalam.

Dalam majlis di kediaman rasmi Ketua Menteri, Sri Gaya itu, John ditemani paderi gereja Katolik Sabah, Biskop John Wong dan pemimpin kanan gereja Sabah.

Sementara itu, seorang pemimpin kanan gereja, Thomas Fong berkata, pihaknya amat berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana meluluskan beberapa tapak tanah bagi pembinaan gereja di negeri ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment