Oleh SARAH NADLIN ROHIM
KUALA LUMPUR, ISNIN, 28 Januari, 2013: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng digesa bertanggungjawab dan menjelaskan kepada semua ahli DAP mengapa selepas 40 hari beliau masih belum menyerahkan keputusan pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk pengesahan.
Naib Pengurusi DAP Cawangan Ladang Paroi, David Dass Aseerpatham berkata, perkara itu menunjukkan sikap angkuh dan sombong Guan Eng yang tidak menghormati undang-undang dan peraturan di bawah Seksyen 14 (1) Akta Pertubuhan 1966.
"Apakah Guan Eng ingat dia mengatasi undang-undang, sebagai tokong atau mahu ikut undang-undang hutan.
"Ahli-ahli DAP mahukan Guan Eng menghormati undang-undang di negara ini. Ini negara yang berdaulat dan ada peruntukan undang-undang bagi setiap satu perkara," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment