Khabar angin berniat jahat, burukkan Perkasa
KUALA LUMPUR, ISNIN, 28 Januari, 2013: Khabar angin yang dimainkan oleh parti pembangkang kononnya pesta membakar Bible versi bahasa Melayu akan di Pulau Pinang semalam, merupakan percubaan pihak tertentu untuk menghuru-harakan negara.
Setiausaha Agung Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Syed Hassan Syed Ali berkata, acara itu tidak pernah dirancang mana-mana pihak sebelum ini malah Perkasa dari awal lagi menafikan menjadi penganjur seperti didakwa pihak pembangkang.
Usaha mengedarkan risalah palsu berkenaan acara itu adalah kerja pihak yang suka menghuru-harakan negara.
Pihak terbabit juga sengaja mengaitkan Perkasa dengan acara itu. Perkasa sekali lagi menafikan merancang acara tersebut," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Semalam, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi mengesahkan tiada acara membakar Bible versi bahasa Melayu di Padang Bandaran, Bagan Luar seperti digembar-gemburkan sesetengah pihak sebelum ini. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment