My Add

Sunday 6 January 2013

Had pendapatan RM5,000

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA

KUALA LUMPUR, SABTU, 05 Januari, 2013: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu lebih ramai rakyat memiliki rumah sendiri selepas had pendapatan untuk Skim Rumah Pertamaku dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM5,000 sebulan.

"Had pendapatan untuk Skim Rumah Pertamaku naik kepada RM5,000 dari RM3,000. Lebih ramai rakyat patut mampu memiliki rumah sendiri," katanya menerusi laman sosial Twitternya, hari ini.

Semalam, Cagamas SRP Bhd. dalam kenyataan berkata, berkuatkuasa 1 Januari 2013 lalu, had pendapatan bagi memohon pinjaman Skim Rumah Pertamaku dinaikkan bagi membolehkan lebih ramai pembeli memiliki rumah.

Kata Cagamas, kenaikan tersebut merupakan satu daripada kriteria kelayakan Skim Rumah Pertamaku yang diumumkan Perdana Menteri dalam pengumuman Bajet 2013 baru-baru ini.

Dalam pada itu jelas Cagamas lagi, had pendapatan peminjam bersama pula dinaikkan sehingga RM10,000 sebulan dengan syarat salah seorang peminjam tidak boleh berpendapatan lebih RM5,000 sebulan.

Tidak cukup dengan kenaikan itu, keperluan untuk menyertakan penyata bank bagi tempoh tiga bulan dan tempoh bekerja minimum selama enam bulan bagi peminjam bersama turut dihapuskan.

Selain itu, peminjam juga boleh mendapatkan pinjaman 100 peratus tanpa perlu membayar wang pendahuluan 10 peratus dengan Cagamas bertindak selaku penjamin untuk 10 peratus nilai awal pinjaman di bawah skim tersebut.

Maklumat lanjut mengenai pinjaman boleh diperoleh di bank-bank terbabit atau layari laman web www.srp.com.my. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment