My Add

Tuesday 1 January 2013

Hadi perlu sedia diperbetulkan - Rais

Oleh SOFIAN BAHAROM

KUALA LUMPUR, ISNIN, 31 Disember, 2012: Tokoh agama dan mufti negeri-negeri akan dijemput untuk bersama Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam forum yang akan memberi peluang kepada Presiden Pas itu memperjelas amanatnya yang telah memecah belahkan umat Islam di negara ini.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, Ahli Parlimen Marang itu tidak boleh membuat keputusan bersendirian dan terlalu yakin dengan kebolehannya yang mempunyai latar belakang pendidikan agama kerana ‘sentiasa terdapat pihak yang lebih bijak daripada kita’.

“Forum ini bukan tempat yang mana orang bertepuk dan sebagainya tetapi (lebih kepada) suasana untuk menjelaskan ilmu masing-masing dan kita perlu memberi ruang pandangan mereka. Ini kerana RTM adalah hak rakyat dan boleh digunakan bagi menjelaskan sesuatu tetapi bukan daripada satu saluran sahaja. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment