My Add

Tuesday 1 January 2013

Hadi sedia bersemuka dengan tokoh agama

KEMAMAN 31 Dis. - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan kesediaan untuk bersama dengan tokoh agama dan mufti negeri-negeri dalam satu forum bagi menjelaskan amanatnya yang telah menyemarakkan perpecahan dalam kalangan umat Islam.

Beliau bagaimanapun masih menetapkan syarat sama iaitu Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan perlu memberinya peluang membuat penjelasan selama sejam dan secara langsung di RTM serta TV3.

"Saya sudah beritahu saluran RTM iaitu TV1 dan juga TV3. Rasmilah tu, dan terpulang kepada kementerian untuk tentukan, tapi secara live (secara langsung) bukan rakaman. Sebab rakaman tak boleh, dia (kerajaan) mesti jujur, mesti ikhlas untuk cari kebenaran.

"Boleh, boleh... (dialog bersama individu lain) tapi satu jam masa perlu diberikan. Syarat dia live," tegas Abdul Hadi kepada wartawan selepas melawat dan menyampaikan sumbangan mangsa banjir di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Cukai dan DUN Air Puteh dekat sini hari ini. -UTUSAN

No comments:

Post a Comment