My Add

Monday 7 January 2013

Hospital arah pesakit pulang bimbang air pasang besar

 *BEBERAPA pesakit termasuk yang berkerusi roda dibenarkan pulang sebagai persediaan pihak Hospital Sultanah Nur Zahirah menghadapi air pasang besar dijangka berlaku hari ini hingga Rabu di Kuala Terengganu, semalam. - UTUSAN/Shaifudin Mohd. Nor

KUALA TERENGGANU, AHAD, 06 Januari, 2013: Bimbang sebahagian bangunan di tingkat bawah terjejas akibat kemungkinan gelombang ketiga banjir yang lebih serius melanda, pihak Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) membenarkan kebanyakan pesakitnya pulang awal.

Arahan yang dikeluarkan sejak pukul 6.30 petang ini itu dibuat selepas Jabatan Meteorologi menjangkakan kejadian air pasang besar serta hujan lebat di negeri ini mulai esok.

Keadaan hospital yang terletak kira-kira 30 meter daripada Pantai Batu Buruk, memaksa pesakit dibenarkan keluar awal kerana sebahagian bangunan perlu dikosongkan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment