My Add

Monday 7 January 2013

Zahid Hamidi berjaya ketepikan sapina Husam

KOTA BHARU, AHAD, 06 Januari, 2013: Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengetepikan sapina yang dibuat oleh Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa dalam kes samannya terhadap Wan Muhammad Azri Wan Deris yang didakwa pemilik blog, Papagomo.

Hakim Datuk Yazid Mustafa membuat keputusan tersebut dibuat selepas berpuas hati dengan hujah yang dikemukakan oleh Peguam Kanan Persekutuan, Azizah Arshad yang mewakili Ahmad Zahid.

Beliau berkata, mahkamah memutuskan bahawa individu yang lebih sesuai untuk disapina bagi memberi keterangan dalam kes itu ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan atau Panglima Tentera Laut sendiri dan bukannya Menteri Pertahanan.

Mahkamah turut memerintahkan plaintif membayar kos sebanyak RM2,000 kepada pihak defendan. - UTISAN
 

No comments:

Post a Comment