My Add

Saturday 19 January 2013

Implikasi pendidikan percuma

Oleh ALI MAHMOOD

BERA, JUMAAT, 18 Januari, 2013: Malaysia boleh melaksanakan pendidikan percuma seperti disarankan segelintir penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) tetapi rakyat akan menghadapi kesukaran hidup apabila semua subsidi dimansuhkan kerajaan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jika langkah itu dilaksanakan semua subsidi yang diberikan termasuk petrol dan diesel akan ditarik balik bagi membolehkan pendidikan percuma disediakan kepada rakyat.

Jelasnya, rakyat akan berhadapan keperitan hidup seperti penduduk di beberapa negara Eropah iaitu Sweden, Perancis, Sepanyol dan Portugal yang tidak mendapat subsidi serta terpaksa membeli barangan keperluan asas mengikut harga pasaran semasa.

"Di Sepanyol kadar inflasi dan penganggurannya meningkat 20 peratus berbanding kita yang masih boleh mengatasi inflasi serta kadar pengangguran. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment