My Add

Saturday 19 January 2013

Jozan juara Maharaja Lawak Mega 2012

Oleh IFQDAR RAHMAN
 
 *KEMUNCULAN Jozan bersama trofi Maharaja Lawak Mega
2012 di Stadium MBJB, Johor Bahru, malam tadi.
- UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
JOHOR BAHRU, JUMAAT, 18 Januara, 2013: Kumpulan Jozan yang dianggotai oleh Johan dan Zizan Razak berjaya menafikan kehebatan peserta lain pada pertandingan akhir Maharaja Lawak Mega 2012 apabila dinobatkan sebagai juara program realiti tersebut yang diadakan di Stadium Tertutup MBJB di sini malam tadi.

Bertemakan konsep bebas dan komedi muzikal, Jozan berjaya menggeletek seluruh stadium yang dipenuhi 5,000 penonton itu dengan lawak jenaka kreatif yang dihasilkan mereka.

Dalam persaingan yang diacarakan AC Mizal itu, Jozan menampilkan persembahan yang konsisten, sekali gus mengetepikan pesaing terdekat mereka, kumpulan Jambu yang dianggotai oleh Yus Edoo dan Tauke. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment