My Add

Saturday 19 January 2013

Isteri harap kerajaan bantu selamatkan suami

PULAU PINANG, JUMAAT, 18 Januari, 2013: Isteri kepada seorang warganegara Malaysia, K. Ravi yang dijadikan tebusan kumpulan militan di Algeria berharap kerajaan berusaha membantu menyelamatkan suaminya itu.

Wanita yang mahu dikenali sebagai Mac, 45, berkata, dia dan keluarga kini dalam kesedihan apabila mengenangkan nasib suaminya yang masih belum diketahui.

Katanya, setakat ini dia tidak mendapat sebarang khabar mengenai suaminya itu sejak kejadian berkenaan dan hanya mengetahui suaminya terlibat melalui pendedahan media hari ini.

"Kali terakhir kami berhubung pada pagi sebelum serangan itu berlaku. Suami menghubungi saya seperti biasa sebelum dia masuk ke pejabat dan meminta supaya tidak dihubungi semula kerana mahu memulakan kerja.

"Kami sekeluarga kini amat risau dan sedih dengan kejadian itu dan berharap kerajaan dapat membantu menyelamatkan suami saya. Saya mahu dia pulang semula ke tanah air," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment