My Add

Monday 7 January 2013

Jangan pertikai jasa Kanang

KUCHING, AHAD, 06 Januari, 2013: Tindakan segelintir pihak yang mempertikai jasa dan sumbangan mendiang Pegawai Waran 1 (B) Datuk Temenggong Kanang Anak Langkau kepada negara diselar kerana telah mengguris hati warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, perbuatan itu seolah-olah tidak menghargai pengorbanan anggota tentera yang selama ini menjaga keamanan dan keharmonian negara.

"Apabila ada yang berpendapat Kanang bukan pahlawan sejati, saya amat sedih kerana masih ada pihak yang tidak menyedari pengorbanan yang dilakukan mendiang.

"Ini secara tidak langsung turut mempertikaikan jasa dan sumbangan yang dicurahkan warga ATM yang telah gugur di medan perjuangan, khususnya ketika menentang musuh pada waktu darurat," katanya selepas memberikan penghormatan terakhir dan mengucapkan takziah kepada balu mendiang, Datin Brawang Chunggot serta ahli keluarganya di Dewan Suarah, di sini hari ini. UTUSAN

No comments:

Post a Comment