My Add

Monday 7 January 2013

Rakyat terus bantah tebang balak dekat Tasik Pedu

ALOR SETAR, AHAD, 06 Januari, 2013: Kira-kira 93,000 ahli Permuafakatan Komuniti 1Malaysia negeri membantah tindakan Kerajaan Pas Kedah meneroka hutan di kawasan tadahan air termasuk berdekatan Tasik Pedu yang dikhuatiri boleh mendatangkan malapetaka kepada rakyat dalam jangka masa panjang.

Sambil menyatakan rasa kesal dan kecewa dengan tindakan tersebut, mereka turut menyifatkan kerajaan negeri mengkhianati rakyat apabila membenarkan aktiviti penebangan balak bagi tujuan pembangunan tanah dijalankan secara rakus sehingga membotakkan kawasan tadahan air tersebut.

Pengerusi Permuafakatan Komuniti 1Malaysia Kedah, Datuk Ismail Arshad berkata, hutan yang gondol boleh menyebabkan kekurangan hujan di kawasan tadahan air itu sekali gus mengakibatkan kekurangan air di empangan yang disalurkan kepada rakyat untuk kegunaan domestik, industri dan tanaman padi. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment