My Add

Thursday 17 January 2013

Judi Internet: Rampasan di Temerloh cecah RM0.5 juta

TEMERLOH, KHAMIS, 17 Januari, 2013: Kegiatan perjudian Internet di pusat kafe siber di daerah Temerloh dilihat agak membimbangkan dengan jumlah rampasan bagi tempoh empat bulan lepas mencecah RM0.5 juta.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Pemangku ACP Abdul Aziz Salleh berkata, bagi tempoh September sehingga Disember tahun lepas, 83 serbuan dibuat di premis kafe siber yang menjalankan aktiviti haram itu.

"Sebanyak 91 pemilik dan penjaga premis terbabit ditahan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 4B(A) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 4(1)(B) Enakmen Hiburan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, terdapat juga beberapa premis yang diserbu, kembali beroperasi semula.

"Pihak polis memberi amaran akan bertindak lebih agresif lagi terhadap premis yang kembali beroperasi sekalipun pernah diserbu sebelum ini," katanya.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment