My Add

Tuesday 15 January 2013

Kalimah Allah: Shuhaimi selari dengan Majlis Syura

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA

KUALA LUMPUR, SELASA, 15 Januari, 2013: Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Shuhaimi Shafiei memberikan bayangan bahawa beliau selari dengan pendirian Majlis Syura Ulama Pas yang memutuskan kalimah Allah tidak boleh digunakan di dalam Bible versi bahasa Melayu.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda muncul pemimpin PKR pertama mengeluarkan kenyataan berhubung kalimah Allah selepas pendirian Majlis Syura Ulama Pas, manakala yang lain, termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim masih membisu.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung isu tersebut kerana mendakwa belum meneliti keputusan Majlis Syura Ulama Pas, sebaliknya hanya dimaklumkan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) oleh Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr. Rani Osman. - UTUSA

No comments:

Post a Comment