My Add

Tuesday 15 January 2013

Mekanik dera anak dipenjara setahun

Oleh SUWARNI MOKHTAR

KLANG, SELASA, 15 Januari, 2013: Seorang mekanik yang menarik perhatian ramai selepas rakaman video kanak-kanak lelaki didera tersebar dalam laman sosial Facebook, hari ini dihukum penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini.

Majistret Ng Swee Wee menjatuhkan hukuman tersebut ke atas tertuduh, T. Rajasegaran, 32, selepas lelaki terbabit mengaku bersalah atas dakwaan itu.

Mengikut pertuduhan, dia mendera mangsa yang berusia tiga tahun sehingga mendatangkan kecederaan fizikal menggunakan senduk nasi dan acuan muruku.

Kesalahan itu dilakukan kira-kira pukul 12.30 tengah hari, pada September lalu di sebuah rumah No. 9, Jalan Hamzah Alang 24, Taman Intan 6, Kapar di sini.

Pertuduhan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya.

Pada prosiding hari ini, Rajasegaran turut menghadapi satu lagi pertuduhan baharu iaitu berkahwin dengan isteri keduanya, S. Nirmala, 29, sedangkan isteri pertama, E. Citra, 21, masih hidup.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu kira-kira pukul 7.30 malam, 15 Disember tahun lalu di rumah yang sama berlakunya kejadian dera itu.

Bagi pertuduhan ini, Rajasegaran yang mengaku tidak bersalah didakwa mengikut Seksyen 494 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh dikenakan denda.

Swee Wee menetapkan 20 Februari ini untuk sebutan bagi membolehkan tertuduh melantik peguam bela. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment