My Add

Tuesday 8 January 2013

Keluarga Zulzaime terima bantuan rumah

*AHMAD Zubib Saad (dua dari kiri) mengucapkan tahniah kepada Zulzaime Mansor yang mendapat bantuan rumah daripada Keda di Kampung Jubai Tengah, Mukim Bagan Sena, Padang Serai, Kedah, baru-baru ini.

PADANG SERAI, ISNIN, 07 Januari, 2013: Kedatangan Tahun 2013 menjadi lebih bermakna kepada pasangan Zulzaime Mansor dan Suzyliana Hashim apabila mereka menerima bantuan rumah baharu daripada Lembaga Pembangunan Wilayah Kedah (Keda) di Kampung Jubai Tengah, Mukim Sena, dekat sini, kelmarin.

Bantuan rumah bernilai RM30,000 itu diserahkan kepada Zulzaime, 30, dan isterinya, Suzyliana, 30, oleh Setiausaha UMNO Bahagian Padang Serai, Ahmad Zubib Saad.

Zulzaime ketika ditemui bersyukur dan berterima kasih kepada UMNO bahagian serta Keda kerana menyumbangkan rumah tiga bilik berkenaan.

Katanya, sebelum ini, dia dan isteri bersama dua anak tinggal di rumah tanpa bilik milik keluarga mereka di kampung yang sama. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment