My Add

Tuesday 29 January 2013

Kenyataan Kit Siang biadab

MELAKA, ISNIN, 28 Januari, 2013: Tindakan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang menyalahkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) serta mendakwa Malaysia tidak selamat untuk kanak-kanak seperti William Yau Zhen Zhong, 6, disifatkan sebagai biadab.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, tuduhan melampau itu tidak seharusnya dikeluarkan oleh seseorang yang berpengalaman dalam politik seperti Kit Siang.

"Saya amat kurang senang apabila diberitahu Lim Kit Siang menuduh UMNO dan BN tidak menjaga keselamatan kanak-kanak.

"Perkara ini berlaku di Selangor, sepatutnya yang dipersalahkan ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana beliau merupakan Pengerusi Keselamatan negeri itu, bagaimanapun kita tidak mahu menuduh beliau.

"Tetapi apabila Kit Siang yang merupakan ahli politik senior membuat tuduhan sebegitu, ini sesuatu yang tidak baik, tuduhan yang amat kurang ajar," ujarnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment