My Add

Tuesday 29 January 2013

Perlu tegas cabul kesucian agama lain - Paderi

KUALA LUMPUR, ISNIN, 28 Januari, 2013: Tindakan individu tertentu mencabuli kesucian agama lain tidak harus dibiarkan kerana semua agama menggalakkan keharmonian, keamanan dan perpaduan dalam kehidupan bermasyarakat.

Pengerusi Persaudaraan Kristian Evangelikal Nasional (NECF), Rev. Dr. Eu Hong Seng berkata, tindakan itu juga mengabaikan hak keadilan beragama dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

"Pihak yang ingin menimbulkan kebencian agama demi kepentingan politik perlu berhenti melakukan perbuatan keji itu dan tindakan tersebut juga tidak sepatutnya disokong rakyat Malaysia," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Selasa lalu, polis menerima laporan daripada seorang paderi berkenaan risalah yang diletakkan di dalam peti surat sebuah gereja yang menjemput orang ramai menghadiri acara membakar Bible versi bahasa Melayu di Butterworth, Pulau Pinang. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment