My Add

Saturday 12 January 2013

Keputusan Anwar batal pertuduhan Bersih 18 Januari

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 11 Januari, 2013: Protes jalanan seperti Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 3.0) memberi impak besar kepada perniagaan di kawasan yang terlibat di ibu negara dan juga hak mereka yang berada di tempat itu seperti pelancong.

Mereka yang terlibat dalam protes jalanan juga didakwa memaparkan perilaku yang ganas kepada pihak berkuasa malah turut mengakibatkan kerosakan harta benda awam.

Oleh itu, pertuduhan ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa bersama-sama dua lagi pemimpin parti pembangkang perlu dikekalkan.

Berikut merupakan antara hujah balas Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Abdul Wahab Mohamad terhadap permohonan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu untuk membatalkan pertuduhan yang dihadapinya mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA). - UTUSAN

No comments:

Post a Comment