My Add

Wednesday 23 January 2013

Kerajaan akan umumkan dasar pasaran EEV menjelang separuh pertama

KUALA LUMPUR, SELASA, 22 Januari, 2013: Kerajaan akan mengumumkan dasar berkaitan kenderaan cekap tenaga (EEV) menjelang separuh pertama tahun ini, yang dijangka menyaksikan pembukaan pasaran itu.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata langkah itu akan memberikan paras persaingan yang sama dan peluang yang baik bagi pemain tempatan dan asing di dalam industri itu.

"Ini adalah salah satu daripada segmen yang kita rasa penting di bawah Dasar Automotif Negara (NAP) yang sedang disemak semula."

"Kami sudah memutuskan langkah ini bahawa ia adalah segmen yang kita perlu buka pada masa depan terdekat," katanya ketika pelancaran Pameran Kenderaan Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 di sini, hari ini.

Katanya, kerajaan sedang memperincikan butiran mengenai dasar itu yang termasuk teknologi, pengeluaran fuel serta standard dan kualiti.

Mustapa berkata, Malaysia adalah satu-satunya negara ASEAN yang memfokus pada pasaran EEV. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment