My Add

Thursday 17 January 2013

Kerajaan beri perhatian serius subjek Sejarah

KOTA KINABALU, RABU, 16 Januari, 2013:  Kerajaan memandang serius kepentingan mata pelajaran Sejarah, s, eterusnya memastikan penghayatan guru dan pelajar dalam mata pelajaran itu bukan sekadar untuk lulus periksa semata-mata.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, kerajaan telah mengambil pelbagai langkah proaktif bagi memastikan keberkesanan pelajaran berkenaan dalam kalangan pelajar.

"Saya setuju dengan beliau (Prof. Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim), sebab itulah kenapa Menteri Pelajaran arahkan kita membuat kajian semula tentang mata pelajaran sejarah ini di mana laporan telah dihantar kepada Menteri Pelajaran.

"Walaupun kita mewajibkan lulus Sejarah dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun hadapan, ini bukan bermakna kita tumpu kepada peperiksaan semata-mata, tetapi kita melihat betapa pentingnya mata pelajaran Sejarah ini," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment