My Add

Wednesday 16 January 2013

Kerajaan galak usahawan sertai francais

KUALA LUMPUR, SELASA, 15 Januari, 2013: Kerajaan menyarankan usahawan tempatan terutama peniaga kecil menukar perniagaan mereka kepada sistem francais yang diyakini mampu meningkatkan keuntungan dalam jangka masa panjang.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (gambar) berkata, usahawan-usahawan kecil boleh memulakan perniagaan francais dengan pelaburan kurang RM50,000 menerusi konsep francais mikro berskala kecil.

Menurut beliau, selain mampu membantu meningkatkan pendapatan, program perniagaan francais juga dapat membangunkan kemahiran keusahawanan dalam kalangan bakal usahawan yang tidak mempunyai pengalaman berniaga.

"Jenis perniagaan francais mikro yang dibangunkan adalah seperti francais bergerak, kios dan 'push cart' (gerai di pasar raya) yang menawarkan produk serta perkhidmatan," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment