My Add

Wednesday 16 January 2013

 PBB sokong campur tangan tentera asing d Mali

 *SEKUMPULAN askar Perancis tiba di Mali dari Ivory Coast untuk menyertai
operasi menyekat kemaraan kumpulan militan Islam. - AGENSI

BAMAKO, SELASA, 15 Januari, 2013: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), semalam menyatakan sokongan terhadap campur tangan tentera asing di Mali, ketika tentera Perancis mula mengerahkan tentera darat, selepas berjaya menggempur kubu kuat kumpulan pemberontak diketuai militan al-Qaeda di utara Mali melalui serangan udara.

Duta Perancis ke PBB, Gerard Aroud berkata, satu mesyuarat membabitkan 15 negara anggota Majlis Keselamatan telah diadakan semalam dan mereka turut menyatakan sokongan terhadap campur tangan tentera Perancis di Mali.

PBB berkata, lebih 30,000 orang penduduk telah melarikan diri ekoran pertempuran tersebut dan menuduh militan al-Qaeda menghalang beribu-ribu pelarian daripada meneruskan perjalanan ke kawasan selatan negara ini, yang dikuasai tentera kerajaan.

Kejayaan Perancis menggempur kubu kuat pemberontak di utara Mali semalam, tetapi dibalas semula oleh kumpulan militan yang kemudian berjaya menawan sebuah pekan kecil, Diabaly daripada tentera kerajaan Mali.

Menurut saksi, kira-kira 30 kereta kebal dan kenderaan pengangkut askar mula bergerak menyeberangi Ivory Coast, sebelum memasuki Mali, semalam dengan diiringi sebuah helikopter penggempur selepas pesawat tentera Perancis mengebom kubu militan berkenaan.

Kementerian Perancis berkata, serangan ke atas kubu kuat kumpulan pemberontak itu melibatkan penggunaan pesawat tempur Rafale dan helikopter penyerang.

Selain itu, kira-kira 650 askar Perancis telah tiba di Mali untuk menyekat kemaraan kumpulan militan itu.

Militan al-Qaeda pula mendakwa, mereka menggunakan 'taktik berundur' dari Timbuktu dan beberapa pekan lain yang mereka kuasai selama hampir 10 bulan.

Semalam, tentera Perancis mengebom Douentza terletak kira-kira 800 kilometer dari Bamako, ibu negara Mali, selepas kumpulan militan menawan pekan tersebut sejak September lalu.

Penduduk tempatan, bagaimanapun berkata, kebanyakan anggota militan terbabit telah meninggalkan pekan berkenaan sebelum pengemboman bermula. - AFP

No comments:

Post a Comment