My Add

Wednesday 16 January 2013

RM15 trilion transaksi elektronik

*ABU Hassan Alshari Yahaya (kiri) sambil diperhatikan Abdul Wahid Omar melancarkan Kempen Kesedaran e-Banking di Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR, SELASA, 15 Januari, 2013: Sejumlah 300 juta transaksi kewangan dengan nilai hampir RM15 trilion dilakukan oleh rakyat Malaysia menerusi saluran elektronik pada tahun lalu.

Penolong Gabenor, Bank Negara Malaysia, Abu Hassan Alshari Yahaya berkata, ia termasuklah perpindahan wang, pembayaran bil, pembelian barangan serta pembayaran pelaburan dalam pasaran kewangan dengan saluran paling popular adalah perbankan Internet.

Katanya, pertumbuhan pesat transaksi dalam talian sejak sedekad lalu menyebabkan bank pusat menekankan aspek keselamatan semasa melakukan transaksi bagi memastikan kepentingan pengguna tidak diabaikan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment