My Add

Tuesday 22 January 2013

Kerajaan tidak diskriminasi

Oleh SARAH NADLIN ROHIM

KUALA LUMPUR, ISNIN, 21 Januari, 2013: Kerajaan tidak akan bersikap diskriminasi dalam melaksanakan gaji minimum kerana sistem itu tertakluk pada undang-undang buruh antarabangsa.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri S. Subramaniam berkata, undang-undang buruh negara adalah selari dengan undang-undang buruh antarabangsa yang tidak membenarkan sebarang diskriminasi.

"Perundangan antarabangsa jelas menunjukkan tiada sebarang diskriminasi dari segi bangsa, agama dan sebagainya dan kita tidak boleh lari daripada peruntukan tersebut.

"Kerajaan memahami masalah yang dihadapi oleh majikan dalam pelaksanaan gaji minimum dan kementerian sedang berbincang dengan pihak terbabit dalam mengurangkan bebanan tersebut,'' katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan Majlis Menteri Sumber Manusia Bersama Penyedia Latihan Awam dan Swasta 2013, di sini hari ini. -- UTUSAN

No comments:

Post a Comment