My Add

Friday 18 January 2013

Kes perogol bersiri disebut 7 Februari


BENTONG, KHAMIS,  17 Januari, 2013: Kes terhadap seorang perogol bersiri, Rabidin Satir (gambar) yang didakwa merogol dan membunuh seorang gadis berusia 17 tahun, hampir empat tahun lalu di Kampung Ketari akan disebut semula di Mahkamah Majistret di sini pada 7 Februari ini.

Majistret Nurliyana Ismail menetapkan tarikh itu selepas dimaklumkan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Aiman Fikri Kwee yang kertas siasatan kes itu masih diteliti oleh Ketua Unit Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara sebelum dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Rabidin, 42, didakwa pada 12 Disember tahun lalu atas tuduhan membunuh Annie Kok Yin Cheng, 17, di Lot 4168 Kampung Ketari di sini antara pukul 11.30 malam, 7 Mac 2009 dan 1.50 petang, 8 Mac 2009

Dakwaan terhadap penganggur itu dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment