My Add

Friday 18 January 2013

Ramai ahli India mahu keluar DAP

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 17 Januari, 2013: Lebih ramai penyokong India DAP dijangka bertindak keluar parti atau mengadakan beberapa siri demonstrasi berikutan ‘muslihat’ salah kira undi yang turut mengetepikan pemimpin-pemimpin India dalam parti tersebut.

Bekas Ketua Bahagian DAP Sepang, R. Vellasamy mendakwa, beliau telah menerima maklumat beberapa siri ‘pemberontakan’ akan dilakukan oleh ahli-ahli DAP keturunan India di Selangor dan Pulau Pinang yang kecewa dengan cara parti itu.

“Ahli-ahli India dalam parti merasakan DAP semakin melampau kerana mengamalkan kuasa mutlak pemimpin tertinggi dan mengutamakan kroni mereka dalam kalangan orang Cina.

“Demonstrasi aman di Pulau Pinang hanya permulaan sahaja, akan ada banyak lagi pemberontakan akan dilakukan kerana DAP hanya mempergunakan kami untuk mendapatkan undi sahaja, kami rasa terpinggir," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Baru-baru ini sekumpulan masyarakat India dari Taman Supreme, Perai telah mengadakan demonstrasi aman bagi membantah keputusan pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP yang disifatkan sebagai tidak telus.

Kumpulan tersebut yang dipercayai penyokong Timbalan Ketua Menteri II, Dr. P. Ramasamy, mempertikaikan kekalahan pemimpin itu dalam pemilihan yang diadakan pada Disember lalu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment