My Add

Wednesday 16 January 2013

Khairy bukan penyebab

Oleh NORAZLITA MOHD. SIES

KUALA LUMPUR, SELASA, 15 Januari, 2013: Peguam Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah menegaskan reputasi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memang sudah tercemar dan kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dalam satu ceramah politik di Kuala Kangsar, Perak kira-kira enam tahun lalu bukan penyebab imejnya terjejas.

Hal yang demikian, menurut Muhammad Shafee, Anwar telah didakwa atas beberapa pertuduhan membabitkan liwat dan penyalahgunaan kuasa serta telah melalui perbicaraan dan rayuan di semua peringkat mahkamah di negara ini.

Perkara itu tegas Muhammad Shafee, adalah jelas dan pihaknya akan membuktikan Anwar tidak boleh menggunakan hujahan berhubung reputasi untuk menyokong kes samannya terhadap Khairy.

Muhammad Shafee berhujah demikian di Mahkamah Tinggi di sini hari ini ketika perbicaraan kes saman fitnah yang dikemukakan oleh Anwar terhadap Khairy yang ketika itu Naib Ketua Pemuda UMNO dalam satu majlis politik di Kuala Kangsar pada Ogos 2007. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment