My Add

Wednesday 16 January 2013

Polis kesan cap jari 2 OKT di pondok telefon

BUKIT MERTAJAM, SELASA, 15 Januari, 2013: Polis menemui kesan cap jari dua orang kena tuduh (OKT) yang meloloskan diri daripada tahanan polis ketika dibawa ke Mahkamah Butterworth minggu lalu di sebuah pondok telefon di Taman Chai Leng, Perai di sini semalam.

Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi (gambar) berkata, dua OKT itu Hamzani Harun, 37, dan Hissham Abdul Rahman, 39, dipercayai mengunakan telefon awam untuk berhubung dengan rakan-rakan mereka bagi mengelak daripada dikesan pihak polis.

"Polis mendapat maklumat daripada orang awam yang ternampak kedua-dua OKT ini menggunakan telefon awam di Taman Chai Leng kira-kira pukul 6 petang semalam namun mereka menghilangkan diri selepas kita menyerbu lokasi itu.

"Kita percaya mereka menggunakan telefon awam untuk menghubungi rakan atau ahli keluarga bagi mengelakkan dikesan oleh polis yang memantau perkembangan mereka," katanya kepada pemberita selepas melawat Sekolah Kebangsaan Pauh Jaya di sini hari ini. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment