My Add

Sunday 20 January 2013

Lawatan PM ke Pasar Siti Khadijah suntik semangat peniaga
 *NAJIB bersalaman dengan orang ramai ketika tiba di Pasar Siti Khadijah sempena tinjauan mesra bersama warga Kota Bharu hari ini. - BERNAMA

 *NAJIB tertarik dengan ubat-ubatan tradisional yang dijual oleh peniaga di Pasar Siti Khadijah ketika melakukan tinjauan mesra di Kota Bharu, hari ini. - BERNAMA
KOTA BHARU, AHAD, 20 Januari, 2013: Lawatan singkat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam tinjauan mesranya ke Pasar Siti Khadijah di sini menyuntik semangat kira-kira 2,500 peniaga di situ bagi memilih Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Pengerusi Persatuan Peniaga Pasar Siti Khadijah, Mohd. Rodzi Che Hussein, berkata, kehadiran Perdana Menteri secara mengejut ke pasar itu memberi makna yang besar dan mampu mengubah minda rakyat dari segi fahaman politik.

Persatuan itu menaungi dua persatuan peniaga lain di bawahnya iaitu Persatuan Peniaga Runcit, Makanan dan Minuman dan Persatuan Peniaga Ikan yang mempunyai kira-kira 2,500 anggota.

"Ini satu senario baru ke arah perubahan kerajaan di peringkat negara dan negeri Kelantan.

“Langkah Perdana Menteri bertemu rakyat dan bersarapan secara santai memberi suntikan semangat baru ke arah perubahan kerajaan, khasnya di Kelantan," katanya.

Beliau berkata, semasa makan dan berbual, Perdana Menteri memberi jaminan akan melaksanakan projek membaik pulih dan menaikkan taraf Pasar Siti Khadijah apabila Barisan Nasional (BN) mampu memenangi pilihan raya umum nanti.

Najib mengambil masa kira-kira 45 minit bertemu dengan peniaga di tingkat satu dan dua di pasar itu mulai pukul 9.15 pagi tadi sempena lawatan kerja seharinya ke negeri ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment