My Add

Monday 7 January 2013

Majlis Syura Ulama Pas dituntut nyata pendirian

KUALA LUMPUR, AHAD, 06 Januari, 2013: Majlis Syura Ulama Pas dituntut menyatakan pendirian berhubung gesaan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng agar kerajaan membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu.

Bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin berkata, sehingga kini, Majlis Syura Ulama Pas masih berdiam diri sedangkan isu yang dibangkitkan Guan Eng itu menyentuh kepentingan akidah umat Islam.

Sikap berdiam diri itu katanya, menyebabkan ahli Pas di peringkat akar umbi keliru, lebih-lebih lagi apabila timbul percanggahan pendapat di dalam parti mengenai isu tersebut.

''Mahu tidak mahu Majlis Syura Ulama Pas perlu menyatakan pendirian mereka secara rasmi bagi menghapuskan segala kekeliruan dan keraguan ekoran timbulnya pandangan daripada pemimpin kanan antaranya Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang membenarkan kalimah suci itu digunakan oleh penganut agama lain. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment