My Add

Friday 25 January 2013

Penunggang maut, isteri parah dirempuh kereta

KOTA TINGGI , JUMAAT, 25 Januari, 2013: Seorang penunggang motosikal maut, manakala isterinya cedera parah apabila motosikal mereka dirempuh sebuah kereta di KM63, Jalan Sungai Rengit – Kota Tinggi, Pasak, di sini hari ini.

Nazri Paino, 35, mati di tempat kejadian, manakala isterinya, Sarizah Md Sharip, 34, cedera parah di kaki kanan dan badan, dan kini dirawat di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supt Che Mahazan Che Aik berkata, ketika kejadian pada pukul 7.20 pagi itu, Nazri dikatakan dalam perjalanan menghantar isterinya ke perhentian bas untuk ke tempat kerja di kawasan Perindustrian Lukut di Kota Tinggi.

"Motosikal yang dinaiki pasangan itu dirempuh sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang datang dari arah Kota Tinggi menghala ke Sungai Rengit,” katanya kepada pemberita. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment