My Add

Sunday 6 January 2013

Malaysia memerlukan banyak pelaut tempatan

ALOR GAJAH, SABTU, 05 Januari, 2013: Penglibatan rakyat tempatan dalam kerjaya sebagai pelaut dan kelasi kapal masih rendah kerana daripada 60,000 pelaut berdaftar dalam industri maritim negara, hanya 52 peratus terdiri daripada penduduk negara ini.

Ketua Pengarah Jabatan Laut, Datuk Kapten Ahmad Othman berkata, industri maritim di negara ini masih bergantung kepada tenaga kerja asing dalam mengendalikan kapal milik syarikat tempatan kerana kekurangan rakyat tempatan menceburi bidang itu.

Menurutnya, negara bukan sahaja kurang dari segi penglibatan rakyat sebagai nakhoda kapal tetapi kelasi dan krew kapal juga.

"Kerajaan berhasrat untuk menjadi sebuah negara maritim yang maju menjelang 2020 dengan membangunkan prasarana yang pesat sekali seperti penyediaan dana perkapalan bagi membantu operasi syarikat perkapalan tempatan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment