My Add

Sunday 27 January 2013

MCPF mahu kerajaan lancar gerakan mendidik, melindungi kanak-kanak

KUALA LUMPUR, SABTU, 26 Januari, 2013: Kerajaan dicadang melancarkan satu gerakan di seluruh negara bagi mendidik dan memastikan perlindungan serta keselamatan terhadap kanak-kanak.

Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, pihaknya bersedia untuk terus berganding bahu menggerakkan kempen menjadikan negara selamat dan sejahtera bersama semua badan, agensi, syarikat dan individu yang prihatin terhadap isu membabitkan kanak-kanak.

‘‘Ekoran daripada perbuatan jenayah yang zalim terhadap kanak-kanak seperti penculikan, serangan, penganiayaan, liwat, rogol dan pembunuhan, kita kini perlu lebih mendidik anak-anak bagaimana untuk melindungi diri mereka sendiri.

‘‘Melindungi anak-anak daripada keganasan adalah satu komponen yang menyeluruh dalam membela hak mereka untuk hidup, membesar dan pembangunan diri," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment