My Add

Tuesday 15 January 2013

Media tidak puas hati

PULAU PINANG, ISNIN, 14 Januari, 2013: Sidang akhbar berhubung laporan panel penyiasatan insiden seorang anggota Pasukan Peronda Sukarela (PSS) Jalan Perak yang memukul seorang jurugambar bulan lalu berlangsung dalam suasana tegang apabila berlaku perang mulut antara Pengerusinya, Phee Boon Poh dengan wakil media.

Boon Poh ketika membacakan keputusan panel berkenaan yang memutuskan keahlian Lim Ah Chye digantung selama tiga bulan berkuat kuasa hari ini dan akan bertugas semula dalam pasukan sukarela yang ditubuhkan Kerajaan DAP Pulau Pinang selepas tempoh itu berakhir mengundang rasa tidak puas hati wakil media.

Keadaan mula tegang apabila anggota Wartawan dan Jurugambar Media Cina (Pewaju) mempersoalkan kewajaran hukuman berkenaan yang dianggap ringan berbanding kecederaan dan kerosakan peralatan kamera yang dialami mangsa. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment