My Add

Tuesday 15 January 2013

SPRM pantau 10 syarikat

*ADNAN Yaakob (tengah) menyaksikan Lias Mohd. Noor (kiri) menyerahkan dokumen aku janji ikrar integriti oleh wakil-wakil PKNP kepada Sutinah Sutan di Kuantan, semalam.
KUANTAN, ISNIN, 14 Januari, 2013: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini memantau 10 daripada 162 syarikat korporat yang telah menandatangani ikrar integriti korporat bersama suruhanjaya itu pada tahun lalu.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Sutinah Sutan berkata, syarikat yang menandatangani ikrar integriti akan terus dipantau selepas setahun ia dilaksanakan bagi memastikan mereka mematuhi apa yang dipersetujui sebelum ini.

Katanya, SPRM menubuhkan satu pasukan pemantauan dalam usaha memastikan mereka melaksana dan mendukung segala prinsip untuk mencegah amalan rasuah dalam organisasi mereka. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment