Oleh NORLIZAH ABAS
PUTRAJAYA, SELASA, 15 Januari, 2013: Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan Wisma PPP (Parti Progresif Penduduk) di Jalan Kampung Attap di ibu negara yang dibeli melalui lelongan awam sejak 10 tahun lalu, kini milik sah parti itu.
Panel lima hakim diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif sebulat suara memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan parti itu yang diwakili oleh Presidennya, Datuk Seri M. Kayveas.
Hakim Md. Raus yang bersidang bersama Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin; Tan Sri Suriyadi Halim Omar, Datuk Ahmad Maarop, dan Datuk Jeffrey Tan Kok Wha turut memerintahkan kos RM250,000 dibayar kepada PPP.
Mahkamah membenarkan rayuan PPP selepas berpuas hati bahawa Mahkamah Rayuan tidak perlu campur tangan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 27 April 2011 yang membenarkan saman parti itu. - UTUSAN.

No comments:
Post a Comment