My Add

Thursday 10 January 2013

Muhyiddin hadir Malam Cinta Rasul

KUALA LUMPUR, RABU, 09 Januari, 2013: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin malam ini menghadiri program Malam Cinta Rasul: We Love Rasul Tour yang bertujuan memberikan kesedaran kepada generasi muda supaya mencontohi kepimpinan Nabi Muhammad SAW.

Ditemani isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, program itu yang diadakan di Stadium Badminton Cheras dekat sini, dihadiri hampir 10,000 orang dengan menampilkan tokoh qasidah terkenal dari Indonesia, Habib Syech As Segaf.

Yang turut hadir, Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras (YPC), Datuk Syed Ali Alhabshee.

Malam Cinta Rasul anjuran YPC dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu turut menampilkan pendakwah dari Indonesia, Habib Ali Zainal Abidin dan kumpulan nasyid Al Mawlid serta Inteam.

Sepanjang program yang berlangsung hampir dua jam itu, Habib Syech menyampaikan 15 qasidah dan selawat ke atas Rasulullah SAW antaranya, Ya Rasulullah Ya Nabi, Ya Hanana, Nurul Musthofa dan Ya Habib yang kebanyakannya dipetik menerusi beberapa album qasidahnya.

Menurut Pengarah Program, Datuk Syed Mehdhar Syed Abdullah, program sedemikian diadakan sempena sambutan Maulidur Rasul tidak lama lagi selain bertujuan menarik golongan muda kepada hiburan bercorak keIslaman. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment