My Add

Thursday 10 January 2013

Sindiket tipu kolej dibongkar

Oleh WAN NOOR HAYATIWAN ALIAS

KUALA LUMPUR, RABU, 09 Januari, 2013: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya membongkar kegiatan satu sindiket yang menipu kolej-kolej swasta dengan meminta suapan antara RM10,000 hingga RM50,000 bagi menyelesaikan masalah lesen dan visa pelajar.

Sindiket yang dipercayai berperanan sebagai juru runding sejak dua tahun lalu itu dipercayai mampu mengaut keuntungan ratusan ribu ringgit dengan meminta suapan daripada pihak kolej bagi menyelesaikan masalah pelajarnya yang disenarai hitam Jabatan Imigresen.

Taktik sindiket yang didalangi seorang bekas ahli kumpulan muzik dan penjawat awam itu akhirnya tumpas selepas kedua-dua mereka berusia lingkungan 30-an diberkas di sebuah hotel di Ipoh, Perak pada pukul 2.45 petang ini.

Menurut sumber, dua individu itu ditahan hasil maklumat awam dan risikan yang mendapati mereka meminta suapan kali kedua lebih RM40 - UTUSAN,000 bagi menyelesaikan masalah lesen pusat tauliah sebuah kolej dari China yang disenarai hitam Jabatan Imigresen. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment