My Add

Sunday 6 January 2013

Tidak pernah namakan Amanat Haji Hadi

KUALA TERENGGANU, SABTU, 05 Januari, 2013: Ketika pelbagai pihak tidak putus-putus mendesak Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik amanatnya pada tahun 1981, Presiden Pas itu tampil sambil mendakwa bahawa beliau tidak pernah menamakannya sebagai Amanat Haji Hadi.

Sebaliknya, beliau mendakwa, ada pihak tertentu yang memanipulasikan ucapan beliau mengenai perkara itu sekali gus menamakan serta menguar-uarkannya sebagai satu amanat yang dikenali Amanat Haji Hadi.

Beliau seterusnya mengakui menyampaikan ceramah di Banggol Peradong, Manir dekat sini pada tahun 1981 dan kemudiannya membawa petikan ucapan mengenainya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada tahun yang sama.

Saya tak beri amanat, orang lain yang beri amanat, yang beri amanat termasuk UMNOlah. Dia telah petik ucapan saya dan dibentangkan dalam DUN. Ketua biro agama yang bentang.

Kenapa masa itu tak hujah, ini sudah 30 tahun baharu nak hujah," katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat sunat jenazah Allahyarham Tengku Zaleha Ibni Al-Marhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah di pekarangan Masjid Abidin di sini hari ini.

Yang hadir sama, anakanda Allahyarham iaitu Datuk Raja Kamarul Bahrin Raja Ahmad Shah.

Abdul Hadi mengulas bantahan pelbagai pihak termasuk kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam agar Amanat Haji Hadi perlu dibanteras kerana jelas terbukti telah menimbulkan banyak masalah dan perpecahan dalam kalangan umat Islam di negara ini.

Beliau juga meminta Majlis Fatwa Kebangsaan menghantar surat kepada beliau mengenai keputusan mengharamkan amanat tersebut.

Saya tak terima surat daripada Majlis Fatwa, saya cabar Majlis Fatwa hantar surat kepada saya. Tak panggil saya pun. Saya tak dengar dan surat rasmi pun tak ada, atas angin saja. Mana boleh atas angin begitu," ujarnya. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment