My Add

Sunday 20 January 2013

Pampasan RM207b: Pembangkang jejas imej negara

IPOH, SABTU, 19 Januari, 2013: Tuduhan pembangkang kononnya kerajaan menerima RM207 bilion daripada kerajaan Jepun sebagai pampasan kepada rakyat Malaysia yang menjadi buruh paksa dalam pembinaan kereta api maut Siam-Burma semasa Perang Dunia Kedua menjejaskan imej negara di mata dunia.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, perbuatan tidak bertanggungjawab pembangkang itu juga telah memberikan harapan palsu kepada mangsa dan keluarga mereka.

Sehubungan itu, katanya, polis perlu segera menyiasat tuduhan tersebut dan mengambil tindakan ke atas mereka yang bertanggungjawab.

"Kenyataan itu juga telah menarik perhatian kerajaan Jepun kerana dalam dunia ini, kita beroperasi atau mempunyai hubungan bilateral. Kita ada asas yang tegas dan peraturan serta undang-undang. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment