My Add

Tuesday 1 January 2013

Panggil Karpal sebagai saksi - Zamil

KUALA LUMPUR, ISNIN, 31 Disember, 2012: Pengerusi DAP, Karpal Singh perlu dipanggil sebagai saksi dalam perbicaraan kes saman fitnah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Ahli Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan dan Utusan Melayu (M) Bhd. (Utusan) yang bermula awal tahun depan.

Pemimpin Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim berkata, Nallakaruppan seharusnya berbuat demikian kerana sebagai saksi defendan, Karpal mempunyai peranan yang sama penting dengan isteri Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali iaitu Shamsidar Taharin.

Jelasnya, Karpal pernah menyatakan di Parlimen pada 1997 bahawa beliau mempunyai pelbagai bukti yang kukuh tentang kegiatan liwat Anwar.

“Sehingga hari ini, Karpal masih enggan menarik balik kenyataan tersebut daripada hansard Parlimen. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment