My Add

Tuesday, 1 January 2013

Usah heret rakyat - Rahimi

KUALA LUMPUR, ISNIN, 31 Disember, 2012: Sudah menjadi tabiat pemimpin pembangkang yang akan mengheret rakyat ke jalanan bagi merealisasikan matlamat politik sempit meskipun melibatkan hal ehwal peribadi mereka sendiri.

Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhamad Rahimi Osman berkata, Himpunan Shamsidar yang dirancang pembangkang pada 12 Januari ini merupakan bukti Ketua Pembangkang itu sanggup memanipulasi pemikiran rakyat demi kepentingan sendiri.

"Dalam konteks ini, biarlah Shamsidar Taharin, isteri Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali ke mahkamah, kalau benar dia tak bersalah buat apa nak takut? Apa yang ingin diselamatkan, pergi mahkamah beri keterangan sahaja, bukan hukum gantung pun.

"Jangan jadi pengecut macam Anwar dalam kes liwat keduanya. Jangan kelirukan rakyat dengan melakukan perhimpunan murahan. Mungkin mereka takut kalau Shamsidar di soal siasat di mahkamah, banyak rahsia Anwar akan terbongkar," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ahli Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan yang mendakwa pembangkang merancang mengadakan Himpunan Shamsidar beberapa hari sebelum perbicaraan kes saman fitnah melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar memfailkan saman fitnah terhadap Nallakaruppan serta syarikat penerbitan, Utusan Melayu (M) Bhd., pada 26 Mac lalu ekoran petikan ringkas yang disiarkan Utusan Malaysia pada 20 Mac lalu di muka hadapan bertajuk Anwar biseksual, tak boleh jadi Ketua Pembangkang - Nalla dan berita penuh di muka surat enam bertajuk Nallakaruppan tuduh Anwar biseksual.

Dalam pada itu, bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah berkata, Shamsidar perlu ke mahkamah untuk memberi keterangan agar maruah beliau sebagai seorang wanita dan isteri dapat 'disucikan'.

Katanya, di mahkamah sahajalah platform terbaik bagi rakyat untuk memperoleh jawapan berhubung kesahihan kontroversi hubungan Shamsidar dan Anwar memandangkan kedua-dua Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan isteri Azmin itu enggan membuat sidang akhbar bagi menjernihkan isu tersebut.

Aminah juga mempersoalkan siapa Shamsidar untuk mengelak daripada memberi keterangan di mahkamah sambil menyatakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad turut tidak terkecuali daripada berbuat demikian sebelum ini.

"Rakyat ingin tahu isu dia dengan Anwar. Shamsidar boleh terangkan di mahkamah secara terperinci sekiranya perkara tersebut benar atau tidak. Rakyat sendiri mahu dengar," ujarnya. -  UTUSAN

No comments:

Post a Comment